Tuesday, June 8, 2010

RAYUAN DERMA UNTUK TABUNG PIBG SEMERBAK

Salam sejahtera.

PIBG Semerbak merayu kepada semua ibu bapa yang anak mereka sedang bersekolah di S.K Sg Merab Luar agar dapat membantu memberi sumbangan derma kepada tabung PIBG Semerbak. Untuk makluman, dana PIBG yang ada sekarang hanya bergantung kepada kutipan yuran PIBG yang dikutip pada awal tahun dan sebahagiannya telah digunakan untuk program-program sekolah yang telah dipersetujui oleh mesyuarat PIBG. Bagi memastikan program-program PIBG yang telah dirancang pada tahun ini dapat dijalankan, PIBG merayu agar ibu bapa dapat menghulurkan derma kepada tabung PIBG. Ibu bapa boleh terus memasukkan derma terus ke dalam akaun PIBG seperti di bawah:

Bank : Bank Islam Malaysia
No. Akaun :12029010010760
Nama Akaun : Tetuan PIBG SKSML

Setiap wang yang disumbangkan akan membantu PIBG untuk menjalankan program-progam terutamanya yang berkaitan dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar Semerbak. Insyaallah, setiap sumbangan yang diberikan pasti akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT.

Jazakallah Khairan Kathira.

AJK PIBG
8 Jun 2010

No comments:

Post a Comment

Thank you for comments