Friday, November 12, 2010

UPSR 2010 - SEMERBAK 11

Salam sejahtera.

PIBG Semerbak mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Semerbak kerana pencapaian cemerlang calon-calon UPSR 2010 kerana telah berjaya meningkatkan pencapaian UPSR daripada 6 pelajar yang mendapat 5A padasesi  2009 kepada 11 orang pada sesi 2010. Pencapaian ini amat membanggakan dan sudah tentulah ia berkat usaha gigih para pelajar itu sendiri dengan bantuan guru-guru sekolah yang dedikasi. Ia akan menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar yang lain terutama kepada para pelajar yang bakal menduduki UPSR pada tahun 2011.

PIBG juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga Semerbak dan selamat bercuti panjang. Semoga Hari Raya dan cuti yang panjang ini digunakan dengan sebaik-baiknya. Kepada yang bakal balik kampung, berhati-hati ketika memandu.

Terima Kasih.


AJK PIBG Semerbak.


No comments:

Post a Comment

Thank you for comments