Thursday, September 2, 2010

SELAMAT BERCUTI, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILFITRI DAN SELAMAT MAJU JAYA DI DALAM UPSR 2010

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

AJK PIBG Semerbak mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga Semerbak. Cuti yang panjang ini disekalikan pula dengan sambutan Aidilfitri diharap dapat memberi kegembiraan dan kelegaan kepada semua warga Semerbak dan ibu bapa yang telah merancang untuk bercuti panjang untuk beraya di kampung. Kami mengharapkan agar perjalanan anda pulang ke kampung dilindungi oleh Allah SWT. Berhati ketika memandu dan pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan selamat sebelum berada di atas jalanraya. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkhidmatan kami sebagai AJK PIBG sekolah.

Kepada pelajar-pelajar yang bakal menempuh UPSR bermula pada 21 September ini, AJK PIBG mendoakan agar anak-anak akan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Jika pada tahun 2009, hanya 5 orang pelajar sahaja yang berjaya mendapat 5A, insyaallah kami mengharapkan agar keputusan pada tahun ini akan lebih cemerlang lagi. Walaupun anak-anak berada dalam suasana Aidilfitri, itu bukan bererti pelajaran dikesampingkan. Bersederhanalah di dalam suasana hari raya ini dan pastikan pelajaran diutamakan kerana usaha itu tangga kejayaan.

Sekian, wassalam.

AJK PIBG Semerbak
2 September 2010







No comments:

Post a Comment

Thank you for comments