Monday, January 25, 2010

SELAMAT MEMULAKAN ALAM PERSEKOLAHAN SESI 2010

Salam sejahtera.

Rasanya belum terlambat lagi PIBG Semerbak mengucapkan selamat kembali ke alam persekolahan sesi 2010 kepada semua pelajar-pelajar Semerbak dan selamat datang kepada pelajar-pelajar tahun satu dan pra sekolah. Semoga 2010 akan menjadikan tahun yang terbaik kepada semua pelajar-pelajar dan guru-guru Semerbak. Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah SWT semoga pelajar-pelajar Semerbak beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam UPSR 2010.

YDP
PIBG Semerbak

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    alhamdulillah saya baru kali pertama masuk ke blog spot ini. Tahniah di atas pembentukan dan kegiatan pada blog ini.

    Cuma, mengapa saya rasakan kurang penglibatan dan maklumbalas dari warga ibu bapa dan guru selama ini?

    Adakah kerana PIBG 2009/10 melangkah ke tahun tersebut dengan langkah sumbang? Adakah saya salah dengan menafsirkan bahawa tiada keserasian di kalangan sesama exco PIBG mahu pun PIBG-Guru?

    Mungkin hanya saya yang kurang maklum dengan kewujudan blogspot ini. Mungkin jugak ramai ahli PIBG lain yang tidak mengetahuinya?

    Izinkan saya (dan maafkan jika terlambat) memberi pandangan saya tentang nama 'manja' sekolah sg merab luar ini. Acara promosi dan pengenalannya tidak semerbak dan sehebat namanya. Jika saya tidak sedar kewujudan nama ini, tidak terperanjat ramai lagi yg tak tahu.

    Penglibatan seluruh warga sekolah ini dari guru, ibubapa, penjaga, pekerja kantin, jaga, murid-murid dan masyarakat setempat sewajarnya telah diajak turut serta memberikan nama 'manja' tersebut. Membuat pertandingan memberi nama adalah satu contoh acara yang bagus. Ramai orang akan tahu hasrat dan tujuan PIBG melakukannya. Disamping dapat mempopularkan nama yg menang. Yang utamanya, timbul perasaan kekitaan & self belonging kepada nama tersebut.

    Tanggapan saya dibuat berdasarkan tulisan di blog ini pada feb/mac 2009 yang lalu. Seolah-olah penjenamaan 'Semerbak' telah dilakukan secara 'unilateral'. Forgive me if i'm wrong.

    Adakah website PIBG Semerbak wujud? Saya cuma sedar kewujudan blog ini dan email pibg di gmail sahaja.

    Walau bagai mana pun, Selamat Maju Jaya dan terima kasih atas khidmat tuan-puan AJK selama terma 2009/10.

    Wassalam

    WIRA WEK 8192

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam.
    Terima kasih di atas kunjungan pihak tuan di dalam blog ini dan terima kasih juga kerana telah sudi memberi komen yang bernas. Insyaallah, perkara yang baik yang diutarakan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.
    Penjenamaan nama manja Semerbak memang diakui hanya dibincangkan di peringkat AJK sahaja dan masih ramai yang tidak sedar akan perkara ini.
    Website belum ada lagi hanya blog ini shj yang wujud atas inisiatif sendiri dan agak sukar bergerak kerana ia dilakukan secara sukarela dan bersifat "one man show". Saya berpendapat, komuniti PIBG perlu diberi masa agar satu pasukan IT dapat dibentuk untuk menjadi web master dan ia mesti dari gabungan guru dan ibu bapa agar segala maklumat berkenaan dengan sekolah dapat dimuatkan dalam blog ini atau web site yang akan diwujudkan pada satu hari nanti.
    Saya berpendapat sekolah ini perlu mempunyai website sendiri dan website/blog PIBG hanya lah sebahagian daripada web site sekolah. Perkara ini ada dibincangkan diperingkat AJK namun akibat kekangan masa, skil IT dan kewangan menjadikan projek ini dibiarkan begitu sahaja. Saya berharap agar ada di kalangan ibu bapa yang pakar IT sudi menyumbangkan idea dan kemahiran bagi merealisasikan perkara ini.
    Wassalam.
    YDP

    ReplyDelete

Thank you for comments