Friday, November 20, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan Semerbak 2009 dan Selamat Bercuti

Salam sejahtera.
 
Pada 19 November 2009 jam 9.00 pagi telah berlangsungnya HAK Semerbak 2009. Murid yang berjaya di bidang akademik dan kokurikulum diberi anugerah atas pencapaian cemerlang mereka. Pada hari yang sama juga keputusan UPSR 2009 telah diumumkan. Seramai 6 orang pelajar telah mendapat keputusan cemerlang 5A dan 13 orang telah mendapat 4A IB. PIBG Semerbak mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik ini merupakan permulaan kepada satu pengalaman berguna untuk lebih maju ke hadapan. Pepatah ada mengatakan "melakukan kesilapan itu bukanlah satu kegagalan, tetapi tidak belajar daripada kesilapan memang merupakan kegagalan." Oleh itu anak-anak Semerbak yang kurang bernasib, masa masih panjang. Jadikanlah apa yang berlaku pada hari ini sebagai iktibar untuk lebih berjaya di masa hadapan.
 
PIBG Semerbak juga mengucapkan selamat  bercuti kepada guru-guru dan anak didik Semerbak.  Kepada yang bakal menempuh UPSR pada tahun 2010, jadikanlah percutian kali ini lebih kepada percutian ilmu dan fokus kepada peperiksaan. Semoga masa yang panjang ini akan memberikan anak-anak peluang untuk merenung apakah target anda untuk UPSR 2010.
Kepada ibu bapa yang bercadang untuk balik ke kampung sempena cuti sekolah dan menyambut Hari Raya Aidiladha, PIBG Semerbak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan mendaokan semoga Allah melindungi perjalanan anda sekeluarga. Semoga selamat pergi dan selamat pulang.
 
"Berguru kepalang ajar
       Dapat Rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
       Bagai bunga kembang tak jadi"
 
Terima Kasih.
YDP Semerbak
20/11/2009

No comments:

Post a Comment

Thank you for comments