Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERCUTI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
AJK PIBG Semerbak mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat bercuti kepada seluruh warga Semerbak. Di bulan yang mulia ini juga AJK PIBG Semerbak mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kami memegang tampuk pentadbiran PIBG Semerbak. Kepada warga pendidik dan anak didik Semerbak kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti. Semoga bulan yang mulia ini akan memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala cabaran. Kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2009, jadikanlah cuti ini sebagai peluang untuk anak-anak mengulangkaji pelajaran. AJK PIBG mendoakan semoga anak-anak Semerbak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR agar memperolehi kejayaan yang cemerlang. Jadikan kejayaan anda sebagai hadiah paling berharga untuk ibu bapa, guru-guru dan sekolah.

Wassalam.

YDP

No comments:

Post a Comment

Thank you for comments