Alhamdulillah saya telah menerima satu komen daripada pembaca yang saya yakin ia datangnya daripada kalangan warga pendidik sekolah ini. Terima kasih atas komen tuan walaupun ia agak beremosi sedikit.
Apa yang telah ditimbulkan oleh anonymous saya terima dengan berlapang dada walupun saya tercari-cari dimanakah penulisan saya yang keluar dilaman blog ini atau kata-kata saya sepanjang menjawat jawatan Pengerusi PIBG meletakkan kesalahan kepada guru di atas kegagalan pelajar-pelajar SKSML. Mungkin hasil pertemuan dengan ketua panitia matape lajaran dan komen saya terhadap sikap skeptikal guru yang meletakkan kegagalan setiap perancangan mereka akibat daripada sikap murid itu sendiri sebagai punca kepada lahirnya emosi tersebut.
Untuk makluman anonymous, itu bukan apa yang saya maksudkan. Apa yang saya maksudkan ialah ibu bapa tidak akan menerima alasan ini walaupun ia benar. Memang kebenaran itu adalah amat pahit untuk ditelan. Saya sebagai Pengerusi PIBG dan juga pernah bertugas sebagai guru amat faham masalah guru-guru yang kadang-kadang terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk membiayai aktiviti murid selain terpaksa mengorbankan masa luar waktu pejabat untuk kesenangan pelajar-pelajar. TETAPI, adakah ibu bapa akan mengambilkira semua perkara ini? Jawapan saya mungkin YA mungkin TIDAK. Untuk makluman, sikap mencari kambing hitam begitu membarah di kalangan masyarakat kita terutama di kalangan masyarakat kita. Walau seribu satu alasan kita berikan, seseorang tetap perlu dipersalahkan. Ini realitinya. Begitu juga hal di sekolah, bila ramai murid-murid berjaya, ibu bapa hanya tersenyum dan mengatakan bahawa anak mereka memang pandai. Bila senario sebaliknya berlaku, terus menuding kepada guru dan sekolah sebagai tempat untuk melepaskan kemarahan. Adilkah ini untuk guru-guru? Sudah tentulah tidak. Isunya di sini ialah adakah masyarakat peduli bila kita bercakap tentang keadilan? Anonymous boleh dapat jawapannya sendiri.
Oleh itu, saya sabagai Pengerusi PIBG mungkin memberi komen yang saya kira agak menyinggung perasaan beliau ataupun mungkin beliau melihat persepektif bahawa saya juga sebahagian daripada masyarakat yang bersikap skeptikal terhadap guru. Tidak sama sekali. Saya tidak akan menyalahkan guru-guru walau apapun yang terjadi di sekolah kerana saya faham bahawa tiada guru yang mahukan anak muridnya gagal di dalam pelajaran. Apa yang saya sentuh dalam penulisan saya ataupun di dalam mesyuarat AJK ialah jika ibu bapa bersikap skeptikal iaitu tetap menuding jari jika anak mereka gagal, guru pula yang dianugerahkan kesabaran yang begitu tinggi dan mulia sikapnya janganlah pula bersikap skeptikal dengan meletakkan kegagalan tersebut kepada murid-murid. Jika ini berlaku maka kita akan jadi seperti lagu "Bangau Oh Bangau".
Apa yang perlu di sini ialah warga guru perlu lebih bijak untuk mencari alasan jika skrip seperti ini berulang. Saya kira majoriti ibu bapa pun faham bahawa anak mereka sendiri adalah penyumbang terbesar atas kegagalannya. Cuma ada beberapa kerat sahaja yang saya kira mungkin tidak akan menerima realiti tentang kegagalan anak mereka berpunca daripada sikap anak mereka sendiri sebaliknya tetap mahu mecari kambing hitam untuk dipersalahkan. Inilah sebenarnya yang kita perlu elakkan. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut dapat ditarik tetapi tepung tidak berserakkan. Oleh itu saya menyarankan agar setiap alasan yang dikemukakan nanti jika skrip ini berulang ialah berilah alasan yang lebih bersifat ilmiah supaya alasan tersebut tidak boleh dijadikan senjata oleh golongan seperti ini untuk menembak guru semula.
Satu perkara yang saya agak terkilan atas komen anonymous, bila ia menyatakan bahawa jangan jadikan guru sebagai musuh PIBG. Nauzubillah Hi Min Zalik, minta dijauhkan oleh Allah perkara seperti ini. Ini merupakan satu tuduhan yang berat apatah lagi ia mungkin sebagai satu ancaman. Jika sampai ke tahap inilah pemikiran anonymous, maka saya berasa sungguh sedih sekali kerana objektif penubuhan PIBG bukan untuk bermusuh dengan warga pendidik sebaliknya merapatkan hubungan warga pendidik dengan ibu bapa. Tidak terlintas pula di hati saya bahawa komen saya akan menjadikan PIBG musuh guru. Jika inilah yang difahami oleh beliau, saya cuma dapat berdoa agar beliau tidak berniat seperti seperti apa yang dituliskan kerana ini akan menjadikan PIBG sebagai satu medan pertempuran peribad. Selain itu adakah apa yang ditulis itu mewakili seluruh warga pendidk Semerbak ataupun beliau hanya beranggapan bahawa semua warga Semerbak bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh beliau. Seperkara lagi bila anonymous mengatakan murid-murid Sungai Merab tidak boleh diusik, saya percaya itu adalah satu generalisasi yang keterlaluan dan membuat persepsi yang salah ke atas warga Sungai Merab. Saya yakin hanya beberapa kerat sahaja yang marah bila anak mereka dijentik. Mungkin ada beberapa kes yang melibatkan guru dengan anak dan ibu bapa berlaku di Semerbak tetapi ia tidak boleh dijadikan persepsi bahawa semua warga Sungai Merab begitu. Saya yakin apa yang telah berlaku merupakan kes terpencil sahaja dan tidak menggambarkan pemikiran masyarakat Sungai Merab. Saya sendiri sebagai bapa berlapang dada jika anak saya dihukum atas kesalahan yang beliau lakukan dan mungkin ibu bapa yang lain juga seperti saya. Selagi hukuman itu dijatuhkan atas ruang lingkup yang dibenarkan oleh peraturan sekolah, nah! cikgu jangan khuatir, laksanakan kerana hukuman juga merupakan satu bentuk pendidikan. Sultan Muhammad Al Fatih yang berjaya merobohkan kota Konstantinople bukan sahaja dibentuk dengan ilmu malah baginda juga dirotan agar menjadi seorang pemimpin ummah yang adil dan berjaya. Saya kira jika kita tidak menghukum akan menjadi lebih mudarat berbanding menghukum, jadi, pastikan hukuman dilaksanakan. Jangan takut dengan kebenaran.
Kritikan untuk membina bukan untuk membunuh. Saya seronok bila tulisan saya dikritik kerana itu membuktikan apa yang saya tulis dibaca oleh orang lain. Cuma saya berharap anonymous tidaklah begitu beremosi kerana peluang untuk beriteraksi seperti ini kita jadikan medan untuk saling baik memperbaiki dan lengkap melengkapi. Bukan ancaman dan tudingan jari sepatutnya diberikan sebaliknya hulurkan tangan dan sama-samalah kita berganding bahu demi kemajuan anak didik Semerbak.
Kepada warga Semerbak saya rasa mereka telah lali dengan kecaman dan ancaman daripada pihak luar. Oleh itu sedikit komentar daripada saya tidak mungkin boleh meruntuhkan keyakinan dan kesabaran di dalam hati warga Semerbak. Bersikap terbuka dan mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku pasti akan lebih memberikan kekuatan kepada warga Semerbak, insyallah. Terus terang saya kata warga pendidik ini ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Walaupun bagaimanapun warga guru juga ibarat mentimun dengan durian, menggolek pun kena, digolek pun kena. Oleh itu semua warga pendidik, sentiasa bersiap siaga dengan dengan sebarang kemungkinan, dokumentasikan semua aktiviti yang dilakukan supaya anda boleh kemukakan bukti atas apa yang telah anda buat agar skrip lama tidak berulang kembali.
Selamat Hari Guru.
Jazakallah Khairan Kathira.
Pengerusi
PIBG Semerbak
1 Jun 2009
2009/4/23 Anonymous
Anonymous has left a new comment on your post "Emel PIBG SKSML":
Keprihatinan PIBG terutamanya YDP baru amat dihargai. Perlu ditekankan bahawa seluruh warga pendidik SKSML tidak pernah mengabaikan kecemerlangan murid kerana akhirnya guru juga yang akan dipersalahkan. Namun adakah PIBG khasnya YDP sedar akan beban tugasan selain dari mengajar yang wajib dilaksanakan oleh para guru. Perancangan setiap tahun setiasa di"upgradekan". Namun pelaksanaan pasti akan terbantut tanpa sokongan semua pihak. Sampai bila warga pendidik mesti manggunakan wang sendiri untuk menampung setiap aktiviti. Sampai bila warga pendidik mesti menggunakan psikologi untuk membetulkan sikap murid yang sememangnya di Sg Merab ini tidak boleh di'usik'. Kita amat berterima kasih kepada PIBG sebelum ini yang amat kurang bercakap tetapi amat banyak memberikan bantuan perkhidmatan dan kewangan. Sikap mengambil berat terhadap pencapaian murid tanpa sekali-kali menuding jari kepada warga pendidik amat dihargai. Skrip turun - naik keputusan UPSR memang sentiasa berlaku si SKSML malah di mana-mana sekolah pun.Bagi yang tidak faham, sejak 2 tahun yang lalu lembaga peperiksaan sentiasa mengubah format peperiksaan tanpa memaklumkan kepada pihak pendidik. Hasilnya murid akan memberikan jawapan yang betul tetapi dalam format yang salah. Isu ini sudah menjadi isu yang besar di bahagian peperiksaan tetapi pihak guru yang memeriksa kertas terikat dengan Akta OSA. Murid tahun lalu juga adalah kumpulan kedua yang bermasalah dari segi sikap tidak mengikut arahan guru dalam menjawab soalan. Kita pernah mempunyai kumpulan yang mempunyai sikap yang sama beberapa tahun lalu yang menyaksikan keputusan turun dengan agak teruk walaupun tidak seteruk tahun lalu. Bagi warga pendidik SKSML kami sentiasa berdoa akan kecemerlangan murid walaupun beberapa kali kami diherdik, dihina dan dimalukan tanpa sebab dan salah sangka akibat hanya mendengan cerita anak-anak. Kepada PIBG khasnya YDP kami berharap agar hentikan mencari kesalahan warga pendidik kerana yang akan menjadi mangsa adalah anak-anak Sungai Merab. Marilah bersama-sama mengembalikan kecemerlangan SKSML yang telah hilang. Jangan bercakap sehingga guru merasakan diri mereka sebagai musuh PIBG. Keadaan ini pernah berlaku pada tahun 2000-2004 yang lalu sehingga tiada guru yang ingin melibatkan diri dengan PIBG. Ingatlah. Guru sekarang bukan guru tahun 60an dahulu. Guru sekarang amat menjaga kebajikan diri sendiri kerana tidak banyak pihak yang sanggup mempertahankan guru bila teraniaya. Sikap guru sekarang ialah : Siapa yang mahu belajar-dia yang akan pandai-siapa yang dengan cakap - dia yang akan untung. Guru tidak boleh merotan atau mendenda. Apa yang boleh guru buat jika anak muridnya tidak membuat tugasan atau melakukan kenakalan? Apakah ibu bapa boleh terima hukuman anaknya? Di Sungai Merab ini? Pengalaman lalu menceritakan segalanya.
Posted by Anonymous to PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MERAB LUAR @ PIBG SEMERBAK at April 23, 2009 9:54 AM
Assalamualikum. Nampaknya ada insan yang dah gunakan id saya untuk post komen ke blog ni.Saya dah check ikut jalan belakang dan saya tahu sape. Tapi tak pe. Saya ok saja asalkan jangan buat fitnah atau merosakkan blog ni. Macam mana pun saya setuju dengan komen anonimous tu. Saya rasa kabinet PIBG SKSML patut lebih prihatin pada emosi guru-guru Sg Merab ni. Satu masa dulu masa zaman pilihanraya, 10 guru direkomenkan oleh mereka yang berkuasa (di dunia ni saja- kat akhirat nanti tau la) untuk dipindahkan ke segala ceruk rantau di Malaysia ni atas sebab berkempen untuk pembangkan (fitnah yang paling besar-sampai mati pun tak akan dilupakan). Sekarang ni PIBG diterajui oleh pembangkang (iye ke? sebab masa PRU yang lepas kalau lalu kat kedai sana tu nampak meriah poster pembangkang kat rumah YDP)Saya nak cadangkan supaya YDP tak terikut gaya pembangkang kat Malaysia ni. Lebih banyak mempertikai tanpa memberikan cadangan atau bantuan bernas. Fikir-fikirlah. Guru sekarang ni amat menjaga keselamatan diri sendiri sebab dah banyak terjadi guru dianiaya. Memanglah ada beberapa kes tertentu tapi ia tidak melambangkan profesiaon ni. Saya pun risau juga. Takut anak-anak saya yang jadi mangsa sebab guru asyik risaukan periuk nasi. Untuk GB SKSML juga saya harap tidak terlalu menunjukkan kelembutan (sebab nampak macam baiiik sangat) Saya pun nak tanya juga satu perkara kerana saya terdengar perbincangan guru yang agak panas masa makan malam di kedai makan kat Sg Merab ni. Betul ke dana kecemerlangan tahun 6 dah diguna untuk program lain.Macam banyak juga. Harap tak betullah atau minta-minta saya salah dengar. Kalau betul itu dah kira salah tu. Itu untuk tahun 6 saja. Dan apa juga yang berlaku pasti atas arahan GB. Saya rasa guru tak berani nak keluar dana ikut suka. Saya stop dulu kat sini sebab nak kena check in. Kang terlepas pulak. Oh ya. Kepada mamat yang dah guna saya punya id tu, buatla id sendiri ye. Senang je. Tanya la cikgu ict kat sekolah tu.
ReplyDeleteTerima kasih kpd anonymous yg memberikan penjelasan separuh masak untuk membuktikan bahawa penulis dulu itu bukan dia walaupun penulis dulu guna ip address dan akaun yang sama. Ini disebabkan penulis dulu telah guna ip address dan akaun beliau tanpa kebenaran. Satu alasan separuh masak kerana untuk memberi komen di dalam blog ini tak perlu guna id orang lain kerana ia boleh diakses di mana-mana komputer yang ada internet cuma yang boleh dikesan adalah ip address dari mana komputer itu digunakan. Yang hanya boleh dikesan ialah dari komputer mana komen dihantar tetapi tidak boleh di kesan siapa yang hantar.
ReplyDeleteJadi ini adalah komen orang yang desperate yang mungkin telah terdengar cerita bahawa penulis boleh dikesan. Sebab itu alasan ini dikemukakan. Selain itu penulis baru ini telah menunjukkan bahawa ia adalah seorang muslim dengan memberi salam walaupun mengeja assalamualaikum pun salah. Ini untuk membuktikan bahawa orang yang dulu boleh bukan Islam atau pun orang Islam dan penulis komen terbaru adalah orang Islam dengan salamnya. Ini satu cara untuk mengelirukan identiti orang kena suspek walaupun ia agak dangkal.
Penulis baru marah dengan orang yang menggunakan id beliau tetapi bersetuju dengan penulisannya. Tak pernah orang yang marah boleh bersetuju dengan orang yang kena marah melainkan kedua-duanya adalah orang yang sama yang cuba berlakon dengan dua watak berbeza. Dia lupa bahawa gaya penulis dulu dan penulis yang baru jika dikaji adalah hampir sama atau memang sama
Cara penulis baru mengungkit fahaman politik YDP adalah separuh masak juga. Malaysia sebuah negara demokrasi dan sesiapa sahaja bebas menyokong atau menjadi ahli mana-mana parti poltik yang berdaftar di Malaysia. Cuma pertubuhan haram seperti HINDRAF sudah tentu tak boleh. Kalau saya berfahaman atau menyertai politik parti pembangkang itu dibenarkan oleh undang-undang. Selain itu di Selangor saya adalah penyokong kerajaan oleh kerana PR yang memerintah dan BN adalah pembangkang dan itu juga tidak salah. Penyokong BN tetap boleh bekerja dengan kerajaan negeri dan tak pula mereka ditukar atau diminta berhenti kerana menyokong atau menyertai pembangkang.
Tuduhan-tuduhan lain terutama terhadap guru dan GB Semerbak juga adalah separuh masak kerana ia bersifat tuduhan tanpa bukti tanpa perlu dilayan. Apa yang pasti penulis komen terbaru cuba membuktikan bahawa ada orang cuba merosakkan nama baik beliau dengan guna id beliau dan juga cuba membuktikan dia adalah seorang muslim kerana dia tahu penulis terdahulu tidak memberi salam dalam komennya dan itu boleh menyebabkan penulis terdahulu boleh diagak sebagai penulis bukan Islam.
Terus terang dikatakan cara penulis ini untuk mengelirukan pembaca dibuat secara separuh masak dan ditambah dengan komen serta tuduhan separuh masak selain gaya penulisan separuh masak ini masih tebal dan hampir sama di antara komen terdahulu mahupun pada komen terbaru.
Kesimpulannya, kedua-duanya saya yakin adalah orang yang sama.
YDP
29 Jul 2009 - 2.30 ptg
ape le korang ni. tak de keje lain ke. satu bantai, satu bantai balik. satu kate id kena hack satu lagi kate tipu. udah le tu. orang tengah dok sebok pasal satu malaysia korang pulak dok sebok benda tak de pekdah. buat macam aku ni cooool je.
ReplyDeletePatutla korang bising-bising. Ada blog rupanya. Mmmmmm dah baca komen semua. Ada yang ok ada yang kurang ok. Nampak macam main bolasepak. Yang kata id kena guna orang lain tu...rasa pelik juga.Memang betul kata YDP tu. Takut kot. Tapi nak takut apa. Malu agaknya. Kalau takut malu jangan la masuk. Rasanya macam orang yang sama atau ada satu team yang saja nak test YDP ni tau komputer ke tak. Haa kan dah kena. Ala ada orang kata nampak dia tengah masuk blog ni dulu.
ReplyDeleteYaaa... mari kita masuk ramai-ramai. Woii... korang kat sebelah sana tu buat apa. Aku boleh nampak dari sini la. Tu mesti tengok blog sg merab. Nak membantai la tu
ReplyDelete