Monday, February 16, 2009

Emel PIBG SKSML

Salam.
Emel PIBG
pibgsksgmerab@gmail.com

1 comment:

  1. Keprihatinan PIBG terutamanya YDP baru amat dihargai. Perlu ditekankan bahawa seluruh warga pendidik SKSML tidak pernah mengabaikan kecemerlangan murid kerana akhirnya guru juga yang akan dipersalahkan. Namun adakah PIBG khasnya YDP sedar akan beban tugasan selain dari mengajar yang wajib dilaksanakan oleh para guru. Perancangan setiap tahun setiasa di"upgradekan". Namun pelaksanaan pasti akan terbantut tanpa sokongan semua pihak. Sampai bila warga pendidik mesti manggunakan wang sendiri untuk menampung setiap aktiviti. Sampai bila warga pendidik mesti menggunakan psikologi untuk membetulkan sikap murid yang sememangnya di Sg Merab ini tidak boleh di'usik'. Kita amat berterima kasih kepada PIBG sebelum ini yang amat kurang bercakap tetapi amat banyak memberikan bantuan perkhidmatan dan kewangan. Sikap mengambil berat terhadap pencapaian murid tanpa sekali-kali menuding jari kepada warga pendidik amat dihargai. Skrip turun - naik keputusan UPSR memang sentiasa berlaku si SKSML malah di mana-mana sekolah pun.Bagi yang tidak faham, sejak 2 tahun yang lalu lembaga peperiksaan sentiasa mengubah format peperiksaan tanpa memaklumkan kepada pihak pendidik. Hasilnya murid akan memberikan jawapan yang betul tetapi dalam format yang salah. Isu ini sudah menjadi isu yang besar di bahagian peperiksaan tetapi pihak guru yang memeriksa kertas terikat dengan Akta OSA. Murid tahun lalu juga adalah kumpulan kedua yang bermasalah dari segi sikap tidak mengikut arahan guru dalam menjawab soalan. Kita pernah mempunyai kumpulan yang mempunyai sikap yang sama beberapa tahun lalu yang menyaksikan keputusan turun dengan agak teruk walaupun tidak seteruk tahun lalu. Bagi warga pendidik SKSML kami sentiasa berdoa akan kecemerlangan murid walaupun beberapa kali kami diherdik, dihina dan dimalukan tanpa sebab dan salah sangka akibat hanya mendengan cerita anak-anak. Kepada PIBG khasnya YDP kami berharap agar hentikan mencari kesalahan warga pendidik kerana yang akan menjadi mangsa adalah anak-anak Sungai Merab. Marilah bersama-sama mengembalikan kecemerlangan SKSML yang telah hilang. Jangan bercakap sehingga guru merasakan diri mereka sebagai musuh PIBG. Keadaan ini pernah berlaku pada tahun 2000-2004 yang lalu sehingga tiada guru yang ingin melibatkan diri dengan PIBG. Ingatlah. Guru sekarang bukan guru tahun 60an dahulu. Guru sekarang amat menjaga kebajikan diri sendiri kerana tidak banyak pihak yang sanggup mempertahankan guru bila teraniaya. Sikap guru sekarang ialah : Siapa yang mahu belajar-dia yang akan pandai-siapa yang dengan cakap - dia yang akan untung. Guru tidak boleh merotan atau mendenda. Apa yang boleh guru buat jika anak muridnya tidak membuat tugasan atau melakukan kenakalan? Apakah ibu bapa boleh terima hukuman anaknya? Di Sungai Merab ini? Pengalaman lalu menceritakan segalanya.

    ReplyDelete

Thank you for comments