Wednesday, March 18, 2009

Cuti Sekolah Mac 2009

Salam.
PIBG Semerbak mengucapkan selamat bercuti kepada semua penuntut sekolah terutama kepada Semerbakian. Diharap guru-guru dan para pelajar dapat menikmati cuti sekolah ini dengan berkualiti.

As a PIBG chairman, I would like to take this opportunity to wish all Semerbakians happy holiday and to whom who may going for holiday and balik kampung, please drive safely and happy journey. Semerbakian!! please don't forget you books and to UPSR 2009 candidates, lets forget hanky panky and concentrate to your target. This year is no longer haneymoon year, lets sacrifice your party and focus on your exam. May Allah bless Semerbakian and give taufik and hidayah to all of you.

Semerbakian Mewangi Di hati.

Wassalam

Friday, March 13, 2009

Cadangan Nama Singkatan Sek. Keb Sg Merab Luar

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MERAB LUAR @ SEMERBAK


Salam.

Saya ada beberapa cadangan untuk nama singkatan sekolah:

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MERAB LUAR menjadi:

SEMERBAK

- SE rujuk kepada sekolah

- MERB rujuk kepada Sungai Merab

- A rujuk kepada Luar

- K rujuk kepada Kajang

Perkataan Semerbak juga dirujuk kepada bau yang harum dan wangi. Kecemerlangan sekolah ini akan mencetuskan bau yang harum dan wangi untuk diingati oleh alumni serta kakitangannya.

Perkataan Semerbak juga amat sinonim dengan perkara yang positif dan disukai ramai. Ia pasti menjadi ingatan abadi kepada semua orang.

Daripada perkataan SEMERBAK ini dicadangkan dicipta satu moto/tag line sekolah. Antara cadangannya ialah:

1. SEMERBAK mengharum di hati.

2. SEMERBAK mewangi di hati.

3. SEMERBAK minda juara.

4. SEMERBAK ilham jiwa.

5. SEMERBAK kalam abadi.

6. SEMERBAK berpisah tidak.

7. SEMERBAK ilmu tuntunan muafakat.

Jika ada sebarang cadangan daripada ibu bapa ataupun guru-guru sekolah bolehlah emel kepada pibgsgmerab@gmail.com.

Sebarang cadangan termasuk mencipta logo sekolah akan dipertimbangkan dengan teliti.

Wassalam.

Pengerusi

Mesyuarat AJK 1/2009 - 12/3/09

Salam.

Alhamdulillah, mesyuarat yang bermula agak lewat pada jam 8.30 mlm berjalan dengan lancar.
Isu hangat yang diperbincangkan ialah berkaitan dengan pencapaian UPSR 2008 dan bagaimana pihak PIBG dapat membantu untuk meningkatkan pencapaian ini pada tahun 2009. Di pihak ibu bapa mereka mahukan sekolah memberi fokus kepada UPSR 2009 dan meminta pihak sekolah mengemukakan blue print program kecemerlangan pada mesyuarat AJK yang akan datang.

Ibu bapa juga mahukan agar pihak sekolah menghadkan aktiviti yang melibatkan murid-murid UPSR serta guru-guru yang mengajar kelas ini. Beberapa rungutan di kalangan ibu bapa apabila guru-guru ini banyak terlibat dengan aktiviti luar hingga menyebabkan mereka hilang fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kelas yang ditinggalkan walaupun akan digantikan dengan guru lain tetapi ia akan memberi impak yang berlainan terhadap murid-murid kerana sebagai guru ganti fokus mereka tidak sama dengan kelas ganti tersebut selain bebanan guru ganti semakin bertambah. Terpaksa mengganti kelas menyebabkan mereka tidak membuat persiapan yang rapi untuk mengajar dan akhirnya pelajar-pelajar menjadi mangsa. Ibu bapa mengharapkan agar pentadbiran sekolah melihat isu ini dengan serius kerana pencapaian UPSR 2008 yang agak hambar menyebabkan pihak sekolah terpaksa menelan pelbagai kecaman daripada pihak ibu bapa. Walaupun kita semua maklum bahawa kejayaan murid mestilah datang daripada murid itu sendiri selain dorongan ibu bapa yang merupakan kunci utama untuk berjaya. Sekolah tidak boleh dipersalahkan 100% terhadap kegagalan murid-muridnya. Namun fitrah manusia, tetap mencari kambing hitam atas apa yang berlaku dan tudingan jari tetap ke muka pentadbir sekolah.

PIBG pada kali juga mahukan peranan yang aktif terhadap program kecemerlangan akademik sekolah. PIBG tidak mahu dijadikan sebagai tempat "rubber stamp" yang hanya meluluskan bajet terhadap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. AJK PIBG kali ini bersedia untuk bersama-sama dengan guru-guru sekolah bagi menyumbangkan idea serta tenaga untuk memartabatkan mutu pendidikan di sekolah yang dimuliakan ini.

Akhir kalam, saya mengucapkan syabas terhadap semua AJK PIBG yang begitu prihatin terhadap kemajuan akademik anak didik SKSML. Semoga AJK yang dilantik ini dapat memberikan impak yang besar terhadap kecemerlangan sekolah.

Jazakallah Khairan Kathira.

Pengerusi.

Thursday, March 12, 2009

Mesyuarat AJK PIBG 1/2009

Salam.

Satu notis mesyuarat telah dikeluarkan oleh Setiausaha PIBG:

Tarikh : 12 Mac 2009
Masa : 8.00 malam
Tempat : Kelas 4 UPM

Semua AJK dijemput hadir.

Pengerusi PIBG