Tuesday, September 21, 2010

TAKZIAH UNTUK KELUARGA NYDP PIBG ALLAHYARHAM ENGKU MOHD AZRI BIN ENGKU ABDUL RAHMAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini kita telah dikejutkan dengan berita kembalinya NYDP Allahyarham Engku Mohd. Azri menemui penciptanya yang agong di bulan Syawal ini. Seluruh warga Semerbak dan AJK PIBG mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham terutama kepada isteri dan anak-anaknya. Arwah banyak berjasa kepada PIBG dan sentiasa sarat dengan idea-idea yang bernas untuk mengangkat PIBG Semerbak ke tempat yang lebih tinggi. Pemergian Allahyarham meninggalkan kenangan manis yang amat diingati oleh kami. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga keluarga Allahyarham dapat bersabar dengan musibah yang telah ditentukan oleh Allah SWT ini. 
 

AJK PIBG

21 Sep. 2010


SELAMAT MAJU JAYA SEMERBAK DALAM UPSR 2010

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA ANAK DIDIK SEMERBAK DAN MAJU JAYA DI DALAM PEPERIKSAAN UPSR 2010
DARIPADA
AJK PIBG SEMERBAK
21 SEPTEMBER 2010

Tuesday, September 7, 2010

Solat Aidilfitri (Aidiladha) dan Jumaat

Solat Aidilfitri (Aidiladha) dan Jumaat
Tazkirah Oleh: mat_sempoi

"Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Di sini ingin ana kongsikan sebuah tazkirah ramadhan yang telah disampai oleh seorang Ustaz di Masjid kampung ana, yang ana rasa agak menarik dan bersesuaian dengan sambutan aidilfitri (insya'ALLAH) pada tahun ini. Ana pasti, ramai yang sudah mengetahui akan hukum-hakam perkara yang ingin ana kongsikan ini, tetapi insya'ALLAH ianya dapat membantu mereka yang masih belum mengetahuinya, iaitu apakah hukumnya Sholat Aidilfitri (atau Aidiladha) yang jatuh pada hari Jumaat. Adakah WAJIB kita mengerjakan Sholat Jumaat pada hari tersebut atau tidak, setelah menunaikan sholat Aidilfitri pada hari tersebut?

Berikut adalah FATWA-FATWA yang telah diputuskan oleh beberapa Mazhab/Imam mengenai perkara tersebut.

Imam Syafie: Gugur kewajiban sholat Jumaat, setelah menunaikan Sholat Aidilfitri.


Imam Malik: Wajib menunaikan kedua-duanya.


Imam Ahmad: Gugur kewajiban sholat Jumaat, sekirannya sholat Aidilfitri ditunaikan. TETAPI imam perlu mendirikan sholat Jumaat supaya yang ingin hadir Jumaat dapat melaksanakannya.


Imam ibnu Tamiyyah: Gugur kewajiban sholat Jumaat dan Zohor, sekiranya sholat Aidilfitri ditunaikan.


Imam Hambali, dan kebanyakkan Imam-Imam: Wajib menunaikan sholat Zohor, sekiranya sholat Jumaat digugurkan.


Kesimpulan:


1) Majoriti mengatakan Sholat Jumaat tersebut TIDAK WAJIB dilakukan sekiranya Sholat Aidilfitri (atau Aidiladha) telah dilakukan pada hari tersebut, TETAPI ianya adalah WAJIB bagi lelaki Muslim yang bermaustautin dan ahli Qariyah setempat tersebut. TETAPI adalah menjadi keWAJIBan untuk menunai sholat Zohor sekiranya tidak menunaikan sholat Jumaat. Seperti yang diketahui, sholat Jumaat adalah tidak wajib bagi beberapa golongan, iaitu kaum wanita, lelaki bermusafir, hamba dan lelaki yang uzur sya'rie.

2) Perbezaan Pandangan atau Pendapat dan juga MAZHAB/Imam didalam Islam bukannya masalah, TETAPI ianya adalah satu RAHMAT


Tambahan:Adab-adab sholat Aidilfitri (atau Aidiladha)


1. Disunatkan makan sedikit terlebih dahulu sebelum sholat Aidilfitri (sholat Aidiladha sebaliknya).


Rujukan:


http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/aidilfitri-dan-aidiladha-jatuh-pada-hari-jumaat

http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/Fadilat/20090819135229/Article/

http://muslim06.blogspot.com/2009/12/solat-zohor-tidak-wajib.html

http://al-fikrah.net/News/print/sid=175.html"
 

Thanks & Regards
*********************
Zakaria Ahmad

MNC



Thursday, September 2, 2010

SELAMAT BERCUTI, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILFITRI DAN SELAMAT MAJU JAYA DI DALAM UPSR 2010

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

AJK PIBG Semerbak mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga Semerbak. Cuti yang panjang ini disekalikan pula dengan sambutan Aidilfitri diharap dapat memberi kegembiraan dan kelegaan kepada semua warga Semerbak dan ibu bapa yang telah merancang untuk bercuti panjang untuk beraya di kampung. Kami mengharapkan agar perjalanan anda pulang ke kampung dilindungi oleh Allah SWT. Berhati ketika memandu dan pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan selamat sebelum berada di atas jalanraya. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkhidmatan kami sebagai AJK PIBG sekolah.

Kepada pelajar-pelajar yang bakal menempuh UPSR bermula pada 21 September ini, AJK PIBG mendoakan agar anak-anak akan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Jika pada tahun 2009, hanya 5 orang pelajar sahaja yang berjaya mendapat 5A, insyaallah kami mengharapkan agar keputusan pada tahun ini akan lebih cemerlang lagi. Walaupun anak-anak berada dalam suasana Aidilfitri, itu bukan bererti pelajaran dikesampingkan. Bersederhanalah di dalam suasana hari raya ini dan pastikan pelajaran diutamakan kerana usaha itu tangga kejayaan.

Sekian, wassalam.

AJK PIBG Semerbak
2 September 2010