Wednesday, May 26, 2010
DARI MEJA PIBG - 1/2010
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dimuliakan sekelian.
Pertamanya marilah kita panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA kita masih lagi mampu menghirup udara Allah pada hari ini. Marilah sama-sama kita memanjatkan doa semoga dikurniakan tubuh badan yang sihat dan rezeki yang halal dan baik agar kita mampu meneruskan kehidupan dengan tenang dan dapat menghulurkan sumbangan sebagai amal ibadah kita di akhirat nanti.
Tuan Puan yang dihormati.
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud “apabila mati seorang anak Adam maka terputus segala amalan KECUALI 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak-anak yang soleh yang mendoakan mereka”.
Tuan Puan yang dikasihi.
Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan baru-baru ini telah bersepakat untuk bersama-sama membantu meningkatkan pembelajaran anak-anak kita. Kami ingin mengambil inisiatif untuk menyediakan prasarana terbaik di sekolah kita agar mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek akademik, syakhsiah, nilai moral dan ketinggian iman.
Sudah tentu ia tidak mampu dilaksanakan dengan jayanya jika hanya dilakukan oleh 14 orang AJK PIBG sahaja. Tetapi jika gandingan lebih 400 keluarga dapat digembeleng pasti kita dapat melihat sesuatu hasil untuk anak-anak kita.
Mesyuarat telah bercadang untuk mengumpul sebanyak mungkin dana dengan cara:
1. Mengutip derma dari individu dan pihak yang prihatin
2. Mengadakan majlis makan malam
3. Derma RM1 1Bulan 1keluarga (sukarela sahaja)
4. Hari kantin
5. Memohon sumbangan badan korporat
Antara matlamat AJK PIBG ialah:
1. Menggantikan penggunaan papan hitam kepada papan putih
2. Menurap kawasan perhimpunan agar pelajar dapat bersenam dengan lebih selamat
3. Menyediakan buku-buku tambahan dan pemasangan penghawa dingin di pusat sumber
4. Memberi bantuan kepada pelajar miskin
5. Menyediakan tempat makan pelajar yang lebih selesa
6. Mengadakan program keibubapaan
7. Memberi hadiah kepada pelajar cemerlang
8. Mengadakan sesi motivasi dan teknik belajar
9. Dan lain-lain sumbangan untuk pembangunan pelajar anak-anak kita
Tuan Puan yang di hormati.
Kami yakin dan percaya bahawa kami bukan yang terbaik malah tuan puan lebih berkelayakan dari kami semua. Cuma mungkin tuan puan tidak dapat hadir pada hari mesyuarat tempohari atas kekangan tertentu. Jadi kami dengan rendah diri memohon bantuan dan sokongan tuan puan demi pembangunan anak-anak kita yang mengharap yang terbaik dari kita.
Sepertimana kita yakin bahawa balasan Allah untuk Solat kita adalah diakhirat nanti. Walaupun kita tidak pernah mendapat apa-apa pulangan apabila selesai Solat, tetapi kita tetap meneruskan Solat kita itu kerana yakinnya kita pada pembalasan Allah di akhirat nanti. Maka begitulah juga hendaknya kita terus memberikan sumbangan dengan penuh yakin bahawa ia dicatat oleh Malaikat sebagai amalan baik kita sebagai bekalan di akhirat nanti.
Apa yang cuba kita lakukan ini pula tidak lain adalah demi anak-anak kita semua. Matlamat kita semua agar anak-anak kita ini akan menjadi manusia yang berguna untuk diri mereka sendiri dan mampu menyumbang kepada pembangunan umat Islam yang hebat satu hari nanti.
Jutaan terima kasih dan sanjungan kami kepada semua ibubapa yang sudi memberikan sumbangan samada berupa pandangan, cadangan, kritikan, tenaga, wang ringgit dan apa sahaja yang termampu. Semoga Allah memberikan balasan yang terbaik untuk kita dan anak-anak kita samada di dunia dan di akhirat.
Salam dari kami
AJK PIBG sesi 2010-2011
PENASIHAT: Pn. Samilah bt Jusoh
YDP: Dr. Zainulasri b Mahat
NYDP: Engku Mohd Azri b Engku Haji Abdul Rahman
SETIAUSAHA: Syed Kamal Azira b Syed Mohamed Zain
BENDAHARI: Mohd Fadli b Idris
AJK:
Siti Saleha bt Samsuri
Zulkhairi Amar b Mohamed
Zakaria b Ahmad
Shahrizal b Jasit
Rosmaziah bt Kamarudin
Kartina bt Ibrahim
Roslan b Ariffin
Muzzan
Khadijah Abdul Rashid
Clara Mallika a/p P.D.R Rajoo
*Sehingga kini pihak PIBG telah memasang 16 whiteboard dan membekalkan maker pen untuk kegunaan guru-guru. Manakala 8 lagi whiteboard akan dipasang pada minggu berikutnya.
wassalam
MESYUARAT AJK PIBG 2/2010 DAN MAJLIS AQIQAH SEMERBAK/KEM SOLAT
Friday, May 14, 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
Thursday, May 13, 2010
MAKLUMAT AJK PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MERAB LUAR SESI 2010/2011
BIL | NAMA | JAWATAN | ALAMAT RUMAH | NO.TELEFON | E-MAIL |
1. | DR ZAINUL ASRI B. MAHAT | YDP | NO 6, JALAN SENTOSA 9, TAMAN DESA SENTOSA, 43600 BANGI SELANGOR | 013 - 3911762 03 - 89259226 | |
2. | YM ENGKU MOHD AZRI BIN ENGKU ABDUL RAHMAN | NYDP | LOT 19771 SG MERAB HULU 43000 KAJANG SELANGOR | 019 - 2774220 03 - 89256884 | |
3. | SYED KAMAL AZIRA BIN SYED MOHAMED ZAIN | SETIAUSAHA | SK SUNGAI MERAB LUAR 43000 KAJANG SELANGOR | 019- 836 1777 | |
4. | EN MOHD FADLI IDRIS | BENDAHARI | 11-2-12 APARTMENT SERI TANJONG, SEK 7, BANGI SELANGOR | 012 - 3630458 | |
5. | PN SITI SALEHA SAMSURI | AJK IBU BAPA | RUMAH WARDEN BLOK D, IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BBB SELANGOR | 019 – 6096064 03 – 89250352 EXT 2334 | |
6. | EN ZULKHAIRIL AMAR BIN MOHAMED | AJK IBU BAPA | NO.33, JALAN PESONA 4, TAMAN PESONA MEKAR, SUNGAI MERAB 43000 KAJANG , SELANGOR | 019 – 218 4475 | |
7. | EN ZAKARIA AHMAD | AJK IBU BAPA | KG SG MERAB TENGAH 43000 KAJANG SELANGOR | 013-6181817 | |
8. | EN SHARIZAL BIN JASIT | AJK IBU BAPA | KG SG MERAB LUAR | ||
9. | PN ROSMAZIAH BT KAMARUDDIN | AJK GURU | LOT 2A ( INFRA ) PERSIARAN INSTITUSI BANDAR BARU BANGI 43000 KAJANG SELANGOR | 012 –5281410 | |
10. | PN KARTINA BT IBRAHIM | AJK GURU | NO 26, JLN 8 8/27E, SEKSYEN 8 BANDAR BARU BANGI 43650 BANGI SELANGOR | 013 – 3995549 03 -89264241 | |
11. | EN ROSLAN BIN ARIFFIN | AJK GURU | 019 - 9210371 | ||
12. | PN SAMILAH BT JUSOH | PENASIHAT | 019 – 3556544 | ||
13. | EN MUZZAN BIN | WAKIL PENTADBIR ( PK AKADEMIK ) | 017 - 6351023 | ||
14. | PN KHADIJAH BINTI ABD RASHID | WAKIL PENTADBIR ( PK HEM ) | 012 - 2623070 | ||
15. | PN CLARA MALLIKA A/P D.R RAJOO | WAKIL PENTADBIR ( PK KO ) | 012 - 9326199 |
Thursday, May 6, 2010
Boss - a must read!
|