Monday, February 22, 2010
TEKS UCAPAN HARI SUKAN SEMERBAK 21 FEB 2010
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas kehidupan yang indah ini serta terima kasih kepada penganjur Hari Sukan Sekolah Semerbak sesi 2010 yang telah memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata di dalam buku program ini.
Sukan dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Orang yang mementingkan sukan adalah orang yang tahu makna kehidupan. Dengan bersukan kehidupan lebih sihat, cergas dan kuat. Amalan ini mestilah dipupuk di peringkat sekolah lagi dan sudah tentulah pihak sekolah menjadi teraju utama untuk memupuk minat bersukan di kalangan murid-murid yang baru hendak bercambah ini. Sukan sebahagian daripada kehidupan. Sukan juga merupakan satu industri. Dunia yang semakin mencabar ini telah menjadikan bidang sukan sebagai satu bidang kerjaya yang amat menarik. Kita bukan sahaja bersukan untuk menyihatkan badan tetapi jika bakat yang ada dapat dipupuk ke peringkat yang lebih tinggi tidak mustahil pada satu hari nanti ada di kalangan anak-anak didik Semerbak akan menjadikan bidang sukan ini sebagai satu kerjaya pilihan.
Di ruang yang agak terhad ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga Semerbak terutama guru-gurunya yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Hari Sukan Sekolah ini. Kepada anak-anak didik Semerbak, kalah atau menang di dalam sesuatu pertandingan adalah perkara biasa. Kepada yang menang diucapkan tahniah dan kepada yang belum lagi menang, masa masih panjang, belajar daripada kesilapan dan berazam untuk berjaya pada tahun hadapan.
Sekian, wassalam.
Zakaria Ahmad
YDP
PIBG Semerbak
HARI SUKAN SEMERBAK 2010 - 21 FEB 2010
Saturday, February 20, 2010
Maulidur Rasul
1. Sayangi Nabi kerana Nabi adalah kekasih Allah. Untuk kita disayangi Allah kita perlu menyayangi Nabi terlebih dahulu
2. Banyakkan selawat ke atas Nabi kerana satu selawat atas Nabi, Allah akan balas sepuluh selawat ke atas kita.
3. Hormati Nabi kerana semua makhluk di alam semesta termasuk para malaikat menghormati Nabi.
4. Jangan persenda sunnah Nabi seperti memakai serban atau menyimpan janggut.
Tidak buat sunnah Nabi adalah satu perkara yang berbeza dengan perbuatan mempersenda sunnah Nabi.
5. Berpegang teguh kepada Al Quran dan As Sunnah dan kita tidak akan sesat selama-lamanya.
"Salallahhu 'Ala Muhammad, Salallahhu Alaihi Wasslam"
Intipati kuliah Ustadz Mohd Farid Ravi Abdullah di masjid Al-Mukarramah, Kg Sg Merab pada 19 Feb 2010.