Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bagi pihak AJK PIBG Semerbak, di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga ibadah puasa ini mampu mendidik kita untuk menjadi insan yang tabah dan istiqamah dalam perjuangan terutamanya kepada adik-adik yang bakal menempuh peperiksaan UPSR 2010 nanti. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, AJK PIBG Semerbak juga ingin memohon ampun dan maaf, zahir mahupun bathin kepada semua warga Semerbak terutama kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.
 
Jazakallah Khairan Kathira.

AJK PIBG Semerbak
29 Sya'ban 1431H
10 Ogos 2010