Monday, July 27, 2009

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT KECEMERLANGAN UPSR/PSRA 2009

Salam sejahtera.

PIBG Serasme dan PIBG Semerbak secara koloberasi telah bersetuju untuk menganjurkan majlis bacaan yassin dan solat hajat seperti berikut:

Tarikh : 30 Mei 2009 (Khamis mlm Jumaat)
Masa : Solat Maghrib
Tempat : Masjid Al-Istiqomah Sg Merab

Majlis ini diadakan bagi memohon kepada Allah agar memberikan taufik dan hidayah kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PSRA/UPSR 2009 serta dipermudahkan kepada mereka untuk menjawab soalan peperiksaan. Semoga semua pelajar-pelajar ini mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan itu nanti.

Semua ibu bapa dan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan PSRA/UPSR, guru-guru serta karian Kg Sg Sg Merab dijemput hadir ke maj;lis tersebut.

Monday, July 20, 2009

Tiada Lagi PPSMI

Salam.

Keputusan KPM untuk memansuhkan PPSMI secara beransur-ansur mulai tahun depan sehingga 2012 disambut dengan gembira oleh semua pihak terutama pejuang-pejuang bahasa Melayu. Ada juga pihak yang agak kurang senang dengan keputusan ini terutama golongan yang melihat bahasa Inggeris itu adalah segala-galanya dan kejayaan dan kemajuan sesebuah negara itu amat bergantung kepada kemahiran rakyatnya menguasai bahasa Inggeris terutama di dalam era globalisasi ini.

Saya bukanlah orang yang fanatik dengan bahasa ibunda dan menolak kemahiran penguasaan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Belajarlah berapa banyak bahasa pun kerana kata orang jika kita boleh menguasai lebih daripada lima bahasa itu membuktikan kita adalah seorang genius. Isu yang lebih besar di sini ialah adakah dengan mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh membantu pelajar-pelajar kita meguasai subjek tersebut dengan baik berbanding dengan menggunakan bahasa Kebangsaan? Setelah enam tahun dilaksanakan, Menteri Pelajaran telah memaklumkan bahawa dasar PPSMI tidak mencapai objektif yang diharapkan. Ini adalah fakta bukan rekaan. Oleh itu memang tepatlah keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan.

Saya berharap jika ada sebarang dasar baru yang hendak dilaksanakan, KPM hendaklah membuat kajian terperinci serta mendapat maklum balas daripada pakar-pakar yang ada. PPSMI yang dilaksanakan secara ekspres telah menimbulkan banyak keresahan terutama di kalangan warga pendidik yang terpaksa mengubah kaedah p % p di bilik darjah. Semoga dasar-dasar yang bersifat eksperimen tidak lagi menjadi budaya kita kerana ia dikhuatiri akan memangsakan generasi kita nanti.

Wassalam.

YDP

Mesyuarat PIBG 3/2009

Salam.

Mesyuarat yang telah berlangsung pada 18 Julai 2009 berlangsung dengan baik dan penuh konstruktif dalam mencari kaedah yang paling sesuai untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar Semerbak. Banyak aktiviti telah dirancang untuk memastikan anak didik Semerbak mendapat pendedahan yang secukupnya sama ada di bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

Terima kasih.

YDP

Friday, July 17, 2009

Mesyuarat PIBG Semerbak 3/2009

Notis Panggilan Mesyuarat.

Mesyuarat PIBG Semerbak 3/2009 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 18 Julai 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SK Semerbak

Kehadiran tuan/puan amat dihargai.

Terima Kasih.

YDP
PIBG Semerbak